Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil
Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…
Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak
kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi
masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air
asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam.
Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya.
Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan
pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama
seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk.
Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama
seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat.
Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka
terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau
hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali
seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga
boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka.
Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air
secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat
di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran
kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti
sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah.
Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan
air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka
terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah
yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup .
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .
Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan
kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan
bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat
dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak .
Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya
anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa
keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah
sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan
gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat
yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air
biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat
pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah,
jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan
ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan
ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga
jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung
jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh
muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia
elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat.
Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di
sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan
pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
lagi petua...
1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah
3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap
4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan
gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan
berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah
dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum
menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit
mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan
jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu
13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan
14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
dan lagi...
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa.
Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak
dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu
kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di
bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan
menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan
meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai.
Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat.
Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur
adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan
tahun dan awal 20 'an.
Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang
dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum
dikulit yang bertambah.
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan
sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang
mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia
mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh
dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih
teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan
dari orang lain.
Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar.
Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak
meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari
kulit berminyak.
Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut
supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat
berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat
rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau
atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature
dan menutup liang sebum.
Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan
atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy
acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam
bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru,
penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin
boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan.
Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu
menggunakan ubat antibiotik "oral".
Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.Ia boleh juga dilakukan untuk
merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan
isotretinoin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar